Tuesday, March 31, 2009

::Belated::

Disebabkan kejadian yang tak best sewaktu bercuti itu, saya langsung terlepas utk wish birthday adik saya..balik Cork sehari selepas birthday dia baru tepon, wish belated bithday..dia cakap dah basi sebab birthday dia 28.03.09..

Nway, sekali lagi la saya wish utk awak.. HAPPY BELATED BIRTHDAY kpd cikgu-to-be AZRIZAMANI AHMAD..moga selamat semuanya..


Inilah adik saya..semua adik2 saya lagi besar dari saya..saya saja yang agak ketot dan kurus..adik saya ini sekarang ada kat Maktab Perempuan Tengku Bainun.masih single??kena tanya dia.. Dua2 adik perempuan saya jadi cikgu, subjek yang sama, kakak saya pun cikgu, sama dengan mak saya, ngajar KH..cuma saya saja bukan cikgu..tapi insyaallah tetap mendidik juga..keluarga kami kebanyakannya guru..makcik, pakcik, spupu semua..infact arwah ayah dulu guru besar skolah rendah..betul2 keluarga 'cikgu' kan..

Alamak, dah masuk citer apa dah..lagi satu, juga nak wish belated birthday kepada NURULSAIDAH ABD RAHIM, utk birthday dia 26.03 aritu, dan dia juga sudah sampai di DUBLIN hari yang sama dengan kak syara..

::Kemalasan yang melampau::

Sangat malas utk update blog..sibuk nyer biase2 je...sket2 jah..last week pergi bercuti, ada sumthing yang tak best berlaku, menyebabkan mood bercuti saya agak goyah (betul ke guna word ni??), juga takde mood nak masukkan entry psl percutian saya itu..

Minggu ini, betul2 sibuk..kena submit paper kepada editor UMT, utk seminar kat Leeds May nanti..sebenarnye cam tak nak pergi, tapi compulsory la plak kan..so, kena pegi jugak...paper tu dah siap lama dah, tapi kena bincang ngan eric dulu, memandangkan eric bercuti hampir 2minggu...minggu ni dia dah masuk ofis..juga saya terpaksa menguruskan beberapa benda disebabkan kejadian yang tidak best waktu bercuti itu..

Hujung minggu yg lalu, terima kedatangan 2 org post grad baru...dua2 nyer berkait dgn saya. Kak syara, korang tau la kan,selalu citer kat dlm blog..dia sama UMT dgn saya, nti smbg phd dia kat Tyndall gak..flight dia delayed kat amsterdam..shian tul..tp alhamdulillah sume slamat cuma lambat je smpai..
Lagi sorg kak nani, dia anak kpd pengetua saya waktu saya jadi guru ganti (pengetua mak saya juga la, memandangkan saya jadi guru ganti sama sekolah ngan cik).kiranye org kampung lah ni..saya tak amik dia kat airport sebab saya belum balik dari bercuti lagi pada waktu itu..infact saya belum pun jumpa dia lagi, hanya calling2 saja..dia nanti sama supervisor ngan kaksal, dan smlm kaksal dah jumpa dia..kire cam okay la kan..tengokla..kalo tak busy, esok-esok saya jumpa dia..

em, kul 11 nanti ada meeting ngan eric..nak bincang pasal paper yang nak kena submit..

Oh, lupa..semalam saya makan nasik bersama tomyam dengan ayam paprik..kak syara masak..terbalik la pulak kan, tetamu pulak masak utk tuan rumah..hehehe..sabiqah, kamu jangan jeles..saya ada kak syara, dia suka masak, dan best2 pulak tuh...

Wednesday, March 18, 2009

::Kawan Baru::

Hari ini, saya dapat kawan baru lagi. Kami berkenalan semasa sama-sama menunggu bas nombor 5 di depan Rendezvous. Sebelum ini saya sudah pernah jumpa dia beberapa kali, tapi tidak sempat untuk menegur. Kawan baru saya hari ini namanya Helen. Helen juga sama seperti Kay. Umur mereka saya agak hampir sama. Lebih-lebih kurang sebaya. Saya belum bercerita dengan kamu pasal Kay. Kay pun kawan saya, saya kenal dengan Kay pada November tahun lalu, juga sebab sama-sama naik bas nombor 5. Kay tinggal dekat Orchard Road. Apabila kami turun daripada bas, kami lintas jalan raya bersama-sama, dan berborak sehinggalah sampai simpang Orchard Road. Baru minggu lepas saya jumpa Kay.

Berbalik kepada Helen, dia juga sangat mesra seperti Kay. Irish kan sangat terkenal dengan kemesraannya yang memang…sangat mesralah. Pagi tadi, kami berbual tentang banyak perkara, pasal cuaca, makanan, macam mana saya hidup di sini, dan beberapa perkara lagi. Saya nak kongsi dengan kamu beberapa topik yang kami bualkan.

Sewaktu Helen tanya umur saya. Maka saya pun mejawabnya dengan sangat JUJUR..

Saya : I’m going to be 25 next month.
Helen : Oh My God! I thought you’re 17!
Saya : 17? I finished my high school 8 years ago, also done my first degree and master degree as well. There’s no way I’m still 17. I’m too old for that age.
Helen : But really, you look so young! How I wish I was in your age. Now I’m 68.
Saya : Oh, really? I thought you’re early 50. (saya bermanis mulut)
Helen : No, you don’t have to say that (sambil ketawa. Dia pun tahu saya hanya bermanis mulut sahaja. Tapi serious dia nampak agak muda)

Kesimpulannya di sini;
Am I looking so ‘sweet 17’??? wink~wink ;-)
Kamu-kamu di luar sana jangan merasa cemburu ya…terutamanya kepada orang-orang telah menyambut ulang tahun ke-suku abad (saya tidak mahu sebut angka di sini) dalam jangkamasa beberapa minggu kebelakangan ini…

Okay, berbalik kepada cerita saya (ada lagi ya, belum tamat lagi cerita ini).
Dalam bas, kami duduk sebelah menyebelah. Sepanjang perjalanan kami bersembang lagi. Helen memberitahu saya bahawa dia ada 10 orang cucu. Dan anak perempuannya dijangka akan melahirkan anaknya yang ke-4 pada 8 June tahun ini. Maka, saya pun bertanyakan soalan.

Saya : How many kids you have?
Helen : Five. I have 4 sons and 1 daughter (dalam hati saya- wow 4 sons!)
Saya : Are they married? (saya saja mahu mencuba nasib)
Helen : Yes, all of them were married.
Saya : Oh, that’s why you have 10 grandchildren (saja nak menutup ke’frust’an saya).

Nota tangan (sebab sy taip guna tangan, tak guna kaki ya):
*Saya sangat seronok dapat kawan baru hari ini, walaupun kawan baru saya (Kay dan Helen) jauh lagi tua daripada ibu saya. Mungkin mereka ada cucu yang sebaya saya.

*Tambahan: Saya masih setia kepada yang satu ya..jangan timbulkan sebarang spekulasi di sini..Topik saya di atas hanyalah untuk menghabiskan masa terluang ketika berada di dalam bas dengan melayan warga emas Cork yang sangat peramah..itu sahaja..sekian, terima kasih kerana membaca coretan saya pada hari ini. Saya sangat menghargainya.

Saturday, March 14, 2009

::No boundary::

Dengan internet, semuanya mudah (ceh, macam promote ym la pulak)

*Kami suke buat kerja giler macam ni...kecik mesti jeles nih..

::Snippets::

Hari ini 14 haribulan March 2009, maka umur kawan saya di Edmonton sana sudah mencecah suku abad. Wah, kamu sudah matang, ya. tak boleh gediks-gediks lagi. umur kamu ni patut sudah boleh kawen...masak pun sudah pandai sekarang..tahun ini, saya tak dapat nak celebrate dengan kamu, sebab kamu jauh kan..saya sgt rindu kamu..sob~sob..sedih la pulak..nanti malam saya calling2...waktu ni kamu mungkin tgh tdo lagi..

~teringat waktu zaman muda-mudi di midvalley dulu~

Hari ini 14 haribulan March 2009, maka genaplah setahun tempoh perkahwinan kawan saya di Kingston. Sekejap je setahun berlalu, rasanya macam baru semalam kita sama2 sibuk buat persiapan perkahwinan kamu..pergi rantau panjang beli barang semua..em, rindu waktu tuh..rindu kamu juga..kamu saje ye..mahu saya kena pelangkung dengan kamu jika rindukan zul sama..lagi sekali dinyatakan, saya rindu kamu saje ye.. =p

~dihari bahagia kamu berdua~

So, kat sini saya ingin mengucapkan SELAMAT HARI LAHIR kepada CIKTUAN di Edmonton dan juga SELAMAT ULANG TAHUN PERKAHWINAN yang pertama buat PUAN ALICE dan suami..moga segalanya diberkati dan dilindungi ALLAH hendaknya..

~sangat rindu kamu berdua, dan kawan2 di Malaysia juga~

*kamu berdua jangan menangis ye baca entry ni, mana lah tau kan, kot2 terlebey terharu..terutamanya kamu cik tuan... =p

Thursday, March 12, 2009

::Selingan semata::

Situasi:
Saya sedang menulis nama pelajar group 2, dan memberikan resit apabila mereka menghantar laporan. Setelah selesai menulis nama pelajar pertama, saya menulis nama pelajar kedua, dan apabila terperasankan sesuatu, saya bertanya;

Saya: Oh, your name is also David
Pelajar kedua: Yes, we both David
Saya: David for David Beckham

Maka pelajar-pelajar itu gelak serentak. Dan pelajar ketiga tiba-tiba mencelah;

Pelajar ketiga: I have a proper name compared to them
Saya: Really?

Lalu saya melihat nama yang tertera pada laporan pelajar itu; Jerry C****y

Saya: Jerry for the little brown Jerry, the enemy of Tom's-the cat (merujuk kpd cartoon Tom & Jerry)

Dan, mereka ketawa lagi, lebih kuat daripada sebelumnya. Pelajar ketiga yang sangat innocent itu hanya tersipu-sipu..malu agaknya..

::Tamat tapi belum habis??::

Finished with the demonstration thing today..but end up with that kind of stuffs below....

Still have bundles of report to collect from Dave next week... sigh*

Friday, March 6, 2009

::Nyum Nyum!::


Spoke with my mom this morning, she told me that she wants to cook curry mee..sebab tiba2 dengki kan cik masak mee kari, so balik dari tyndall, lps post entry di bawah (sila baca sendiri ye), saya pun mula masak memasak..dan hasilnya adalah seperti di atas..bolehlah nak makan, wpun yang cik punyer for sure lagi sedap sebab ada kerang kan (cni mana nak carik?), but mine was not bad too..kanak2 tu pun puji cuma terlebih pedas je sket..berasap dah telinga..
So, kepada orang2 yg rasa terliur tgk masakan sy di atas (anda tahu sy merujuk kepada sape), sila masak sendiri...
~kpd org di edmonton: saya tahu kamu sudah pandai masak skrg
~kpd org di kingston: saya tahu kamu sudah rajin masak skrg
~kpd org di sendai: saya tak pasti tentang kepakaran memasak kamu.. =p
~kpd org ipoh, yg tak lama lagi nak jadi org cork juga, saya tunggu kamu di sini untuk masak kan yang sedap2 untuk saya..sebab saya tahu kamu suka masak dan sedap2 pulak tuh. Saya juga ingin mengucapkan SELAMAT PENGANTIN BARU kepada kamu..OMG!kamu kahwin arini...waaa...sronoknya...saya pun mau kawen juga!

*please be noted that puan syara's wedding is on 7th of March, masa post yang tertera adalah waktu tempatan di Cork. Harap maklum... (ceh, macam buat pengumuman la pulak!)

::Emotional entry::

It has been so long since the last I waited the bus in front of Court House, because for the last couple of weeks, I ended my day in UCC. So today, after almost 2months I guess, I followed my instinct to take the bus in front of Court House. And lucky me, I saw the bus coming while i'm still walking in the opposite way. So,quickly I crossed the road. Pastu adalah dalam 5org tgh tunggu the same bus. And from behind the bus, I saw an old irish man, juga berlari2 anak to catch the bus. Suddenly, he felt down. Meniarap terus. I was running to help him, and then looked back at the two guys, and 1 of them realized the incident and just said, Oh J*sus!itu aje yg dia boleh sebut, I was expecting him to help me helping the old man, but huh..buat dek je..and then I shouted to him,"Can you wait for me?,"diaorang pun angguk2 je..bukan nak tolong pun. I grabbed the older's man arm, tp kudrat byk mana la kan, sib baik tiba2 a man came and angkat pakcik tuh.pakcik tu angkat muka, dlm gigil2 he thank me, the way he looked at me sangatla terharu..mcm sgt2 berterima kasih..lps dia dah bgn, i pun berlari2 anak kembali naik bus. sume org kat dlm bus pun pandang je.. pakcik tu pun naik bus yg sama, carried together one of his shoe. And sat in front of my seat. Dia duk belek2 tgn dia, mesti tgn dia luka.. When I looked at him, he reminds me of my late father. I guess he's over 60. Tak psl2 dalam bus bergenang air mata...
Sedey!macamana kalo ayah kita yg jatuh, tapi takde org pun nak membantu?sedey kan?kan?kan??kan??? sob~sob~sob~

Wednesday, March 4, 2009

::Snow in Cork???::

This is the heaviest snow for me being in Cork almost 10 months..heavy dah kalo macam ni kat Cork..Last night, I went to bed at half 10 and this morning wake up as usual, selak langsir nak tengok hujan ke tak..tiba2 tengok kat luar mostly covered by snow, sume dah putih...tapi snow dah brenti. So, I did my daily routine: makan2, check email, ym, call my mom etc..In the middle of my conversation with cik, suddenly snow turun dengan lebatnya, and at the same time I saw kak siti's car moving out from our house, pergi hantar anak2 skolah kot. So, just kaksal and I left in the house at that moment. I went downstairs, kak sal tengah goreng telur for her breakfast. We're excited with this, tak sampai 2 minit kemudian, kami dah kat luar rumah with my digital camera. Masa tuh salji tengah turun agak lebat (mintak maaf la org edmonton, kingston and sendai ye..org cork ni jakun sket pasal snow..almaklumlah cork mana ada snow kan..very rare) Kat luar rumah, kami dua org mcm org giler duk melompat kat atas snow sambil tangkap gambar. Kalo kanak2 betiga tu ada mesti lagi sronok, tape mereka semua sudah ke sekolah pada waktu itu..akibat leka bermain snow, maka saya bertolak ke Tyndall 15 minit lewat drpd kebiasaan..tu pun sebab I have to attend a meeting at 10..kalo tak mesti extend lagi waktu nak main snow...hehehe..jakun tak???sangat jakun kannnn ;)

~masih dengan seluar tido~