Sunday, February 22, 2009

:Takde keje pi cari keje:

Last night, while waiting for dinner, sajela godek2 blog..ingat cam nak tukar layout..tapi takut gak sebab biase gadget nanti hilang..setelah beberapa kali mencuba, jumpe template yg sesuwai, trus tukar. alhamdulillah, gadget sume tak ilang..

At the same time, cik tuan buzz me. I told her I changed my blog layout. Disebabkan I ni seorg sahabat yg baik ati, I offered to change her layout as well. Dah tukar sume, macam okay..byk gak la templates yg kitaorg try. Pastu saje la Eilawaniey nak wat pedajal kat Sabiqah, dgn menukarkan template seperti di bawah ini



And then she replied, chantek warna merah + itam, tapi lambang tu menyakitkan mata sket. Tau jela kan, cik tuan ni DHF of the red devils, takkan le layout blog dia nak pakai the Gunners plak kan..tak setia namanya..hehehe.. So, kami pun tukar le beberapa template lagi (sungguh takde kerja kan kami??hehe) and then I realized that her 'updated' gadget consisting of all her friend's blog link were missing. OMG! what have I done? I called her, mintak maaf la byk2 kan, lps tu dia mana brani nak marah I kan(betulkan sa? ;p) and I told her, I will find the link back. Seriously tak prasan benda tu missing, sebab I punyer ok. Rupenyer ada format kami yang berbeza. So kami pun bekerjasama lah mencari balik link2 y ilang. Wpun kami terpisah beribu batu, kami tetap bleh bekerjasama okay (thanks to those who create the internet- kakchah jgn jeles ye!). Pastu try lagi carik template yg dia nak and finally, she agreed with the one with the flowers. Nak tengok blog dia, sila click di sini http://sabiqahanuar-coffeeprincess.blogspot.com/

Itulah cara saya menghabiskan hari sabtu...

***Nak wish birthday kpd seseorang yang berada di Malaysia.

To Mr. X: Happy Birthday. Anda sudah tua!

Tuesday, February 17, 2009

Say NO to....

LAMB!

It was disaster yesterday morning. Alkisahnya, on Sunday we went to Spices of India Restaurant at Bishoptown for dinner. I ordered Mix Tandoori, coz dah lama mengidam nak makan. That was my second time, since my 1st time was June last year with kak faies n family+azalia+iera. Masa tu, kak faies makan mix tandoori, so macam best la kan..tringin dah lama, dah ajak my housemates byk kali, but sume org busy. So, sunday aritu dpt le rasa..before this, I didn't realize that I can't eat lamb. Masa balik M'sia aritu, dalam Emirates from London to Dubai, kite mintak lamb, ksal mintak chicken. Masa makan tu mmg le sedap, pastu tak sampai 10minit, badan dah berpeluh. Kepala dah start pusing. Ksal bgtau my face was so pale. She gave me panadol, telan, pastu trus tidur. Sib baik la ok kan, takde la memulas perut ke, cirit ke..

Okay, back to the story at Spices of India. Dah kena dah waktu dlm Emirates, masih gatal lagi nak mkn lamb kan. Igt kan aritu teruk sebab dlm flight, tinggi..hehhehe. Kat ats tanah ni okay la kot..Masa makan tu okay je, sebab makan sikit...Lamb dia sangat la...L-A-M-B..ahahah..dah memang lamb kan, nak rasa apa lagi. Sebab byk tak abes, ktog bungkus makanan wat balik umah. And as usual, every morning, I will searching for rice. Wajib! Kite ni perut nasik..kalo takde nasik, kena carik gak makanan berat. Kat cni, slalu 2kali makan nasik.kdg2 3 kali sehari. mcm mana la tak gemuk kan..hehhe.. Em, pagi tu, makan lagi lamb tu sebab ada lebih kan, sayang plak kalo nak buang. Makan takde la banyak sgt pon sbenarnye, lps mkn tu trus rs mual..nak muntah pun ada. Tak sampai pun 10 minit. Kpala plak pening. My system cepat je detect the existence of lamb tuh, trus dia menghantar askar2 dia utk berperang dgn lamb tu. apa y jadi kat dlm tu pon, kite tak tau le..pegi tunggu bus mcm biase, satu bas bau minyak mastika kite pakai..kat dlm bas, perut memulas tuhan saje y tau rsnyer.. trn je bus, trus jln laju2, tak nampak ape2 dah kecuali bintang2 berkelipan. Masuk toilet, bertapa dalam tu almost half an hour. It's awful! Rasa cam nak balik tido je, but to make it worst, I have demonstration session after lunch, dah le 1st day kan..So, terpaksa la bertahan, walaupun kite tau rupe kite dah macam2 kaler dah bertukar.hijau, biru, merah, ungu pun ada.. Lupe plak nak bwk panadol, tnye Feroze but she doesn't have any of that. Pastu buat teh pekat, lepas minum tu, alhamdulillah okay. So, bolehla pegi lab...

Moral of the story: kalo dah tau tak boleh makan tu, jgnla gatal2 nak makan pulak. Sendiri yg tanggung seksa. Lagi satu, kalo ada benda penting that u have to attend on that day, or the next day, jgnla jugak gatal2 nak makan benda pelik..kang tak psl2 je carik penyakit..

~Muka yg sgt gembira sebab dapat makan kat Spices of India~dah lama tringin~tak sedar lps tu bala menanti~ nampak kan mix tandoori tu siap berasap2 lagi~

~kami warga St. Ritas~

Monday, February 16, 2009

::Kami merinduimu::

Dalam tak sedar, arini genap 6 tahun arwah ayah meninggalkan kami. Rasa macam baru je benda tu berlaku. Dah lama rupanya. 6 tahun tanpa ayah, macam-macam benda telah berlaku. Tapi alhamdulillah, kami hadapi dengan cekal. Semuanya kerana cik. Kerana dia kami kental, kerana dia kami tabah. Tanpa cik, kami tak mampu lalui semua ni. Sesungguhnya perngorbanan cik amat besar buat kami, dalam membesarkan 8 beradik setelah pemergian ayah. Ida dah masuk sekolah menengah. Iwe pulak dah darjah dua. Waktu ayah tinggalkan mereka, Ida baru darjah dua, Iwe pulak baru 2 tahun. Simpati sungguh dengan adik2ku itu, tak sempat merasai kasih sayang ayah. Tapi kami kakak2-abang2 yang kat atas ni berusaha sedaya upaya biar mereka rasa tak tersisih. Kami janji, kami akan jaga cik dan adik-adik, tak kira apa pun yang berlaku. Doakan kami ya.

Moga ayah tenang dia sana. Sesungguhnya, kami merinduimu.

*Al-Fatihah buat arwah ayahku, Ahmad @ Othman bin Said.



~Ayah, Cik, Iwe, Ida~

--> Gambar ini dah hampir 7 tahun bersama kite, kite bawak ke mana pun kite pergi, tetap ada ats meja waktu kat matrik, tetap ada kat tepi drawer waktu kat KUSTEM, kat Bangi, kat cni sudah tentu, malah pergi Athen 2 minggu pun kite bawak.. heheh. Alice penah kata dia cukup kagum dgn gmbr ni, sebab kite bwk ke mana2. Gambar ini adalah kekuatan kite, nak tukar frame dia pun syg, sebab frame tu handmade, kite wat sendiri. Dah tak berapa elok dah, tapi sayang nak tukar. High sentimental value gitu. Siap ada setem CT lagi tuh. Zaman dolu2, waktu fanatik CT..hehehe ;-)

Friday, February 6, 2009

::Exhausted!::

Friday is coming. Time to summarise what has happened this week. Frankly speaking, it was very2 tiring and I’m exhausted. So many jobs waiting for me to settle it down. The latest, I was appointing as 1 out of 6 new members for Tyndall Postgraduate Committee. What a joke?? Tyndall has almost 100 postgraduate students (mostly PhD), and I’m sure there will be many people that are more qualified than me. The reason they gave me, they want to have various background of nationality to represent the Tyndall Committee, as the volunteers were all Irish..Hahahha..salah orang le, but I did accept the offer, after considering Eric and Feroze’s opinions, and after thinking it at about ‘sehari semalam’ (tapi takdela sampai buat tahajud kan). Maybe this is good opportunity for me to learn something that I never know and to make friends too (sy sgt kurang kawan di sini).

Next week, will start my training for demonstration session. Wish me luck!

Sunday, February 1, 2009

::After 2 weeks::

It has been more than 2 weeks, since I posted the last entry...
Still not in the mood for blogging...
Still not in the mood to update any stories..
Still not in the mood to change my blog's background though (maklumla kan, MERAH gitu) my cousin asked me to, but...well, it needs more time to 'godek2' all the things.. so, kakyue, sorry ye, the time is still not suitable..i'll do it when i'm free..hehhehhe (actually, bukannye bz sgt pon..sengaja mem'bz'kan diri) and next week, i'm starting to 'betul2' bz...have to attend class (dh beberapa minggu dh attend kelas sbenarnye, infact it already started on nov last year - u know me..so many excuses), starting to design a chip in lab, training with a new instrument..starting my job as demonstrator at dept of chemistry in ucc, with the lab reports to mark...aiyaakk..pikir je pon dh rs penat..

Okayla, see u nanti2 ye, nak smbung tgk citer (bought new tv series last friday)...hhehe..bz la sangat, kan...opss!