Friday, November 6, 2009

::Akhirnya::

Peringatan: Cerita terbaru pada kali ini adalah sepenuhnya dalam bahasa melayu (Hari ni, saya ingin mempraktikkan kembali pengalaman sewaktu menjadi guru ganti subjek Bahasa Melayu tingkatan 3 selama sebulan setengah pada 2 tahun yang lalu)

Sedar tak sedar, telah genap dua bulan saya tidak mengendahkan blog saya ini. Dalam erti kata lain, saya tidak menambahkan kemasukan baru atau bercerita tentang kehidupan saya dalam tempoh beberapa minggu kebelakangan ini. Disebabkan kekangan masa, juga sebab paling utama, tiada ‘rasa’ untuk menaip dan bercerita, maka saya biarkan sahaja blog saya bersawang. Saya akui, setiap hari saya membuka blog saya, mencari-cari gerangan siapakah yang sentiasa ‘rajin’ menambah kemasukan baru diblog mereka setiap hari.

Kalau ikutkan, memang setiap hari saya ingin mencoretkan sesuatu diblog, tetapi entahlah..hendak kata sibuk, tidak lah sesibuk mana. Saya masih sempat lagi membaca novel-novel kegemaran, melayari tiub-awak(youtube), melayan cerita-cerita bersiri korea online, juga menjelang malam setiap hari jumaat, saya sudah bersedia di depan komputer riba untuk menunggu episod terbaru NUR KASIH. Dan yang paling penting, saya masih sempat juga menghabiskan masa sebulan di kampung, bercuti sambil merayakan Aidilfitri bersama-sama keluarga tercinta. Kini, telah hampir tiga minggu saya kembali semula ke bumi Cork, untuk meneruskan perjuangan yang belum selesai (bunyi macam orang hendak pergi berperang sahaja).

Minggu pertama saya di sini, semangat untuk menyiapkan kerja makmal sangat berkobar-kobar. Makanya, setiap hari saya bangkit seawal 5.30 pagi (rutin itu hanyalah bertahan untuk minggu pertama sahaja). Minggu kedua saya bangkit pukul 6 pagi, dan sekarang pada minggu ketiga, saya bangkit pukul 6.30 pagi (hai macam mana semakin lama semakin lewat waktu saya bangun. Azam saya adalah tidak mahu tidur selepas menunaikan sembahyang subuh, walaupun pada hari hujung minggu (sabtu dan ahad). Walaubagaimanapun, setelah 19 hari berlalu, saya telah melanggar azam saya, yang mana terdapat dua hari saya menyambung tidur kembali selepas solat subuh. Ini adalah kerana saya tertidur lewat daripada kebiasaan pada waktu malam sebelumnya, maka sebab itulah mata saya tidak terbuka secara sendirinya pada waktu yang ditetapkan. Apa pun, boleh dikatakan saya agak berpuas hati dengan pencapaian saya itu, kerana kebiasaannya saya kalau berazam, tidak akan lama, seminggu sahaja mampu bertahan (tidak tidur selepas subuh pun mahu kecoh ke???MESTI, sebab itu memerlukan ketahanan mental dan fizikal yang sangat kuat untuk menghalang godaan syaitan yang mana asyik menyuruh saya memikirkan betapa enaknya bergolek-golek di dalam selimut tebal (duvet) di tambah cuaca dan suhu keadaan di luar makin hari makin sejuk kerana sekarang menjelang musim sejuk (mestilah sejuk kan, sebab musim sejuk, walaupun di Cork ini tidak ada salji seperti di Edmonton, Kingston juga di Sendai sana).


Akan bersambung...

Sunday, September 6, 2009

::Table for two::

On friday, from airport we went to kaknani's house and have our iftar there...yesterday, kaknaning invited us to her house and have iftar with her..

This evening was the first time where I have iftar with ksal, just two of us, in this 'big house'..we were on our own today, but i guess we're doing fine, we just need some times to get used with this current situation, without those kids (kekka, kak unee, es) around..

To kaknani and kaknaning, thanks for the concern, we know that both of you want to cheer us up..thanks so much..we really appreciate it..

::Don't say a goodbye::

As in my previous entry, I did mention about my housemate, kak ct will leaving on friday afternoon. I went to the office in the morning, and I told Eve that I'm not gonna be in tyndall after lunch as I need to go to the airport. At 3, abg raf drove us to the airport and abg man took a cab with his kids. While waiting for them check-in the baggages and get the border pass, I've got a text from KakSyara, telling that they will not coming to the airport because Mr Soofi not feeling well. And also, received a phone call from kaknaning asking where were we. She was on her way to meet us.


Mama and papa with the baggages

It was so hard to say goodbye. Being together for more than a year make us very closed and sometimes, it is not too much if I said that we are even closed than my own bloody family..Here, we don't have anybody to depends on, we just have this small family..if we're happy, we're smiling together, if we're sad, we're crying together..and if we have problem, we're trying to solve it together and comfy each other..


I admit, living with somebody who has so many experiences in life make me feel that life is not all about happiness. sometimes, we have to face the difficulties, and sometimes we will lose somebody that we love..


When Shaz left, we were sad and felt something missing, but we still 6 in the house, so that we can still feel each other. and now, when they're leaving, just 2 of us left in the house, me and ksal..how quiet this big house will be..


We didn't say goodbye, indeed we'd rather said 'until we meet again', cause we hope this kind of relationship will never end..InsyaAllah


From left: Abg Raf, Abg Man (Papa), Es, Kak Ct (Mama), Pia, Arish, Kak Unee, Kekka, Ksal, Kaknani, me and kaknaning..
-
To kakct and family, thanks for everything...we will always miss you..

Thursday, September 3, 2009

::Malam Terakhir::

Petang esok, kak siti sekeluarga akan bertolak pulang, for good setelah 2 tahun berada di sini utk master nursing beliau..
Meninggalkan kami yg akan terus berada di sini utk tempoh2 tertentu..
Tak sangka, akhirnya akan tiba jua ari esok..
Tunggu esokla camne, banjir ke tidak Cork airport itu..huhu...
will update later about this..

p/s: Malam ke 15 Ramadhan baru nak bagi ucapan: Selamat Berpuase utk semua! sori, sibuk sket kebelakangan nih...harap masih tidak terlewat ye...

--> semua org yg remain kat cni mempamerkan muka 'ayam berak kapur' (kata abg raf, tapi kak naning tak pernah dgr lgsg tentang peribahasa itu)... =(

Monday, August 17, 2009

::Penangan masakan melayu::

Sejak akhir2 ni, memang tak kuar waktu lunch hour..malas nak kuar merayap, duk kat ofis je makan apa yg ada kat dlm drawer. arini pun sbenarnya malas nak kuar..elok je kul 1, tiba2 bunyi fire alarm, masa tu kite kat dlm toilet..semua kena kumpul kat granary lane..so, tak sempat nak capai apa2, cuma ada assess card ngn handphone dlm poket jeans. tak sempat pun nak amik dompet ke jacket ke..nanti kan rentung plak (tp sbenarnya dah tau, slalu jadi macam tu, dah tak heran dah), sib baik tak hujan..sebab lunch hour, memang takde sgt la org kumpul kat bawah..nak pi merayau2 kat town, purse takde..tepon kaksyara, dia kat umah..so gi ar lepak kat umah dia sementara tunggu loceng tuh brenti..leh tumpang smayang skali..dan tumpang makan skali..hahah..alhamdulillah rezeki fire alarm, dapat lunch kat umah kak syara..seperti biase kak syara mesti masak sedappp..kul 2lebih, gerak balik ke Tyndall..dah agak dah baju mesti bau semacam nyer..bau makanannnn!sampai kat my desk, buat donno je bau..sib baik gak si Des tu takde..kalo dia ada mesti kes jeling menjeling ni..huhu..gi kat meja Feroze, tanya dia bau tak..dia kata bau, strong! pastu, Eric dtg dia tarik krusi Des duk sbelah kite, kena update kat dia psl last week nyer progress..sblm ape2, kite bgtau dia dulu, td gi lunch kat umah kawan, sebab tu skrg saya bau makanan..dia gelak..takpe, saya bau kari(wpon kaksyara tak masak kari pons), bagus juga boleh bau makanan orang malaysia, katanya..abes je ayat dia...achommmm! dia bersin..lagila rs bersalah..bukan sekali plak tuh..5kali sampai merah2 muka dia..haha..klakar pon ada..kite duk asyik minta maaf, dia kata takpe..jangan riso, bukan salah awk..shian dia, waktu tgh bincang pun dia duk sok sek sok sek gosok hidung, sampai merah..mesti dia fobia ngan makanan org malaysia nanti..pastu, kite trus gi toilet, sembur perfume..tu pun still bau..hah, melekat!

p/s:thanks kaksyara, masak td..sgt best!slps mengadap sepinggan nasik, perut saya tidak lagi mengeluarkan bunyi2 yang sumbang...nti bleh la ajak saya gi lunch umah akak lagi..hehe

Saturday, August 15, 2009

::Happy Birthday kakak Ya::

Baru balik dari Dingle..penat..tak sempat nak tepon kakak Ya wish birthday kat dia arini..em, nanti esok2 la tepon budak tembam tu..nak tanya ape perasaan dia dpt adik girl, 2 ari awal drpd tarikh birthday dia..mesti riuh umah my sister, dgn abg aman lagi..huhu..couldn't wait to see all of them together, especially new baby in the house..senang la my sister nak celebrate birthday diaorang..sekali harung je utk sume anak2 dia..baby baru 13 aug, kakak ya 15 aug, abg aman pon tak jauh sgt, 1sept..bijak2..

As I promised before, here is the picture of the baby..cute kan???ada rupe cikla dia yg comel lagi ayu ni tak?hehee 8)


nama baby tak tahu lagi sape, esok nak call ummi dia tanya..


p/s: maaf ye, saya pon tak tahu kenapa sejak dua menjak ni saya sgt malas nak update blog...sangat sangat sangat( kuasa lapan belas ribu) malasss...jumpa lagi di entry seterusnya yg entah bila..daaa~

Thursday, August 13, 2009

::Second niece in family::

Quick post:

Alhamdulillah, got another niece today..kakak ya (please refer to the previous post about 'peace' girl) is no longer the only Nda's grandaugter..

I haven't get the baby's pic yet, once I got it, I'll post it here..

p/s: Sa, don't worry about adik. Spoke to ur mom just now (she still in Perth), adik is okay now, she's doing well and the result for H1N1 test was negative. All we can do is praying for her healthy, hope that she will have fast recovery...InsyaAllah..

Sunday, July 19, 2009

::Mari berfikir::

Soalannya: Apakah yang telah dilakukan oleh kanak-kanak tembam di bawah? (sila rujuk pada tanda bulat merah)



Untuk mengetahui jawapannya, sila scroll down dan bandingkan jawapan yang telah anda fikirkan..

^

^

^

^

^



Jawapannya: Kanak-kanak tembam itu sedang membuat aksi peace. Siapa yang telah meneka dengan tepat, maka terbuktilah anda sudah tidak lama lagi akan menimang cahaya mata..kepada yang dah ada anak, akan menerima cucu la tu tak lama lagi...

>
>


Point saya di sini adalah: saya rindukan kanak-kanak tembam di atas, satu-satunya niece yg saya ada (sy ada 4 nephews) setakat ini, kerana kanak-kanak tembam ini akan dapat adik perempuan tak lama lagi..so, nanti dia akan ada pesaing la..Owh, untuk aksi peace itu, salahkan CikTa kerana dia yang membawa unsur itu kepada kanak-kanak tembam tersebut, yang mana dapat dilihat ke'tidakelok'kannya iaitu masa pakai telekung nak sembahyang pun still lagi buat aksi 'peace'...aisyhh..rosak betul!

Thursday, July 16, 2009

::Oh ho!~

Am craving for nasi kerabu today..dgn ayam bakar..wah, terbayang2 nasik kerabu pasar malam pok tuyu...

A ya yaiiii...

Otteke otteke...

Mana nak carik

~BUDU???

~DAUN KESUM???

~KELAPA PARUT???

dan yg paling penting, sifat ke'rajin'an dan ke'usaha'an untuk memasak menu tersebut itu???mana mau gali???

Opss~!

Monday, July 6, 2009

::A thought::

I’ve been thinking for a long time about this thing... It’s not a problem that can harm myself or my study, but sometimes, its like a disturbance for me as I keep thinking about it more often lately… I guess this feeling keep coming because of one thing. Yeah, one thing that always make me…emmm…don’t know how to describe.. Of course I’m happy for them, but I wonder when will be my own time?

My housemates InsyaAllah getting married in December this year

Last Saturday, had a phone conversation with Miss Fiza, and she said, InsyaAllah, her majlis with Inche Pei will be around Chinese New Year..

According to Cik Fiza, Cik Dnaz also following, perhaps also next year…

And this not include for whoever already engaged/married for last few months, that obviously I missed their majlis…

Cik Elly getting engaged will En Yat

Puan Siti Sarah’s wedding on 2nd May

Puan Maisarah, owh I really hope I can make for this one, but of course, no chance at all..and, until today, I still don’t have time to congratulate her (mek saghah tepon sokmo tak angkat, tau la bz da kawen!)

My cousin’s wedding, Kak Yue

Puan Puniey’s wedding

And a few more weddings of my old friends (Maherians, Kamilian, Ex-Matrix, KUSTEM) and relatives that I cannot attend..

And also, for whoever conceiving and delivering a baby…

Che Kam delivering her baby, Muhammad Dini Korimi

Puan Alyza yg sedang pregnant nun jauh di Kingston..

Dan ramai lagi kot yang saya terlepas pandang..

Just to enlighten that during my first degree in KUSTEM, I stayed at 32 Tanjung Permata, Gong Badak with another 7 girls (nak taip sume nama la: Rini, Awin, Along, Angah, Kak Iniey, Ifa and Naem), and our house was neighboured to another frens which were also in the same course (Chem+Analytical Chem), umah 33 (Sabecks queck queck, Jah, Pahs, Dnaz, Apems and Sarah) and 35 (Nad, Odah, Yah, Kak An, Nada and Sya)... One thing that I realized and I sure you people who knew us also realized that 32’s residents are quiet slow in progress…hahaha (kelakar pulak pernyataan ini). As a fact, umah 33, Jah, Pah, Sarah sume dah kawen..Apem dah lama tunang..Iza will follow soon..yg tinggal cuma Cik Sabeck, tu pun agak2 tak lama lagi la tuh (kwang kwang, mati I jups lagi!)..umah 35 pun sama, yg I tau Odah dah delivered, Nad dah lama kawen (pregnant belum tak igt plak, sebab aritu mcm igt da pregnant, tp belum), Sya pun dah lama kawen..

Tapi kami, warga 32 yg sgt comel, kiut miut dan sopan santun ini, sumenya masih single mingle, usahkan kawen, bertunang pun belum seorang (tak taula kot2 I terlepas berita kan – Awin ke, Ifah ke, Zarini ke..mana lah tau kan..senyap2 je..or ANGAH??RINI??Naem maybe? Kalo ALONG tak bagitau memang nak kena sekeh kepala la tuh). Tapi jgn riso wahai warga 32 Tanjung Permata sekalian, masa kita akan sampai, banyakkan doa Insyaallah agar semuanya dipermudahkan (macam nak gi perang je)

It was really sad to miss ur frens/ relatives’ wedding day, but I never regret.. this is my choice, to be afar from them.. And I believe that one time will be mine…InsyaAllah, percaya pada jodoh kan..Lum sampai seru lagi nak wat camne kan… By the way, this entry means nothing, just to share what I feel with you people out there (sorry jika ada salah cakap, eh taip), and I feel relief now..huhu..tak bermakna poms!


~Sebahagian drpd Geng Tanjung Permata~



~Penghuni 32 Tanjung Permata 2004-2006~


~Kan dah kata semua kiut miut!~huhu

Wednesday, July 1, 2009

::Day Dreaming!::

Setelah lama menyepi, nak kongsi satu cerita…

This incident has happened last week.

As usual, few minutes after 5pm, I packed all my stuffs and ready to go home. Decided to wait the bus in front of Court House. When I get there, 2 minutes to hit 5.30 (bus no 5’s timetable is every 15 minutes, so it will be at 5pm, 5.15pm.5.30pm, 5.45pm and so on…kire la sendiri). Few minutes later, here come bus no 8, and I was thinking to take it, but I need to walk far than usual so I passed. Glanced to my Guess, it’s already 5.38. In my mind: mana bus no 5 nih??..Nothing left to do, just keep waiting for the bus. Suddenly, a guy came (hensem la seposen =p)- I know him, cause he also took the same bus with me (no 5) for couple of times. Sharp at 5.45 here come another bus, and more than 10 peoples were queuing for the bus, and the bus was already full with peoples. I reckon that’s no 5 bus caused that guy also queuing. When I got myself inside the bus, obviously there’s no seat left for me, and at the same time I realized Yopit and Iza also in the same bus. I was standing closed to them and had a little conversation with them, and in the middle of conversation:

Me: Korang nanti turun kat mana?
Yopit: Em, dekat Coffee station (actually tak dgr sgt Yopit sebut apa, but a little confuse nape Yopit amik bus no5 sebab umah diorang dekat Bishoptown kot..jauh tuh!!)
Iza: Umah Ila kat mana?
Me: Dekat Farranlea, Model Farm Road (Iza memamng tak tau, tapi Yopit pernah sampai my house waktu raya last year)
Iza: Ooo
Me: Bus ni memang laluan dia model farm road, kalo bus no 8 pun boleh..tapi kena jalan jauh sket la..
Yopit: Ni bus no 8 la
Me: hah? (terkejut tak ingat, tapi still cover)
Me: Ooo yeke? (Yopit pandang Iza)
Yopit: Ni bus no 8 kan? (Iza angguk)
Me: penat2 tunggu tadi, dah ada bus no 8 tp passed..em, takpela arini jalan jauh sket, exercise.. (sebenarnya menutup kekuciwaan terpaksa berjalan jauh, dan hakikat tersalah naik bus dan juga terpedaya dengan lelaki itu!)

That’s the story happened to me last Thursday..Itulah natijahnya apabila dari pagi masuk lab, sampai ptg, aktif berjalan satu lab tak duduk2, turun bawah pun utk ke toilet je, dan minum hot chocolate and have 3 pieces of muffins.. dan juga penangan chemical yang berbagai itu..huhu…

Pulang ke rumah, setelah habes bercerita, diri ku ini digelakkan pula oleh mereka2 itu..cesss!

Moral of the story: sila bukak mata luas2 dan check no bus dengan teliti..jangan sesekali terpedaya dengan sesiapa pun yg slalu naik bus yg sama dgn anda, walau sekacak mana pun mereka..sekian…

Sunday, June 7, 2009

::Sesuatu daripada jiran sebelah::

Birthday Atiqah (kekka), anak sulung kak siti esok..
tp makcik jiran sbelah ni terawal satu hari plak..
sbenarnye dia bagi ni takde kena mengena ngan bithday kekka poms..
sebabnyer, dalam 2minggu ni dioarang telah mengerjakan belakang umah kami..
buat piping, korek lubang..
pokok kena tebang, tanah kena korek sume..
tp kami tak kisah pun..
sebab ini pun rumah sewa je kan...
bagus gak la...
kurang2 dpt makanan free..
biasela Irish kan berbudi bahasa...
kalo tau macam ni, kami alu2kan la org sbelah tu buat keje lagi kat umah kami...
hehehe..


~dapat cadburry box besar gitu..kek tu best~

;

~konon2 birthday cake dia la tuh..hehehe~

;

~sedap, cair dlm mulut..makan ngn strawberry tu nikmat tul!~


Saturday, May 30, 2009

::Hadiah bernilai 3::

Almost a month ago, saya ada masuk pertandingan (mcm masuk roda impian plak rasa)..nak tau citer, sila click di sini

Nak dijadikan cerita, selepas lebih sbulan tempoh pertandingan itu, penganjur nya telah mengumumkan pemenangnya..dan dengan diduga (wahah, berlagak sungguh!), saya adalah pemenangnya! (cerita lanjut di sini)..sehari selepas itu, pihak penganjur telah menghubungi saya, dan menunaikan janjinya..hadiah tempat pertama adalah topap bernilai rm30...

Dan disebabkan saya sgt jarang menggunakan maxis(hanya utk dapatkan no. tac cimb click saje - lainla kalo cik dnaz sanggup nk provide meteor €30 ke..wakaka), maka saya dgn baik hatinya memberikan nombor topap itu kpd adik sy, cik ta yg akan bertolak ke Medan esok...kurang2 boleh la dia guna nk cal ke mesej cik waktu kat sn..suke sgtla dia dpt topap free..maklumlah student kan..nak bagi kat Mr X pon, dia dah keje..byk duit kan..heheh...elok2lah di dulukan org yg sedang belajar..kpd cikza, len kali plak turn awk..

Kpd pihak penganjur, terima kasih byk2 ye..sy tak sangka plak waktu sy jawab soklan kamu tuh, nti dpt hadiah..sy saja je nak teka..kalo mcm tu, wat la pertandingan byk2 lagi..saya suke, saya suke... =p

Saturday, May 16, 2009

::Happy Teacher's day::

To:
  • --> Beloved mom, Hajah Engku Samsiah Engku Yusuf (my late father too)
  • --> Elder sister (kakna) and brother in law(abg im)
  • --> Two younger sisters (cikta&cikja)(cikgi coming too be)
  • --> Future pa&ma in-law(wahahah..controversy)Insyaallah kalo ada jodoh!
  • --> Cousins (berdozen2)
  • --> Uncles and aunts (juga tak terkira)
  • --> Friends (sangat ramai)
  • --> All cikgu cikgi di Malaysia

Just wanna wish : HAPPY TEACHER's DAY!

Monday, May 11, 2009

::Seminar in Leeds::

Off for 3days to Leeds..

Need to attend UMT-MSD Postgraduate Seminar in Leeds, UK..

Flight from cork this evening, transit at dublin for 2hours, and will be arrived at Leeds at 10.05 pm Insyaallah..

Tomorrow, I'll be the first presenter..

Cuak giler!

Pray for me ya!

Tuesday, May 5, 2009

::My cousin's wedd::

I guess, it still not too late to congratulate my cousin, Kak Yue for her wedding on 2nd May 2009..gmbr tak byk sgt sebab my sister kata dlm kamera dia ada sket jah, in fact gmbr bride n groom pun takde yg betul2 clear..nti dah dapat sy upload len kali..
>

Adik saya kata, ini rancangan BERSAMAMU~ tv3, rancangan khas ibu2 tunggal bersama pengantin baru...hehe..muka masing2 sume dah penat..
>

Sangat sedey sebab i'm not be able to go home utk sama2 menyibuk kan..saya dah la sgt suke menyibuk kalo bab2 org kawen ni..jgn salah sangka ye..saya suke sgt gubah hantaran..sgt2 suke..tak tido mlm pun takpe..cita2 zaman kecik (skrg pun ada lagi nih), nak bukak butik pengantin..konon la kan..heheh...manala tau kot2 ada rezki lebih, dan mak saya pun berkongsi minat yg sama (actually sy mewarisi kepakaran cik la..hehe)..

Ini adalah antara salah satu hasil kerjasama antara cik dan saya..actually ni hantaran kecik (pn alice) kawen taun lps..saja nak menglamerkan balik..heheh..>

-> so, ada sape2 berminat nak tempah??? =p

>

::Parcel dari encik dan cik tuan::

Actually benda ni dah lama sgt sampai, tapi takde masa, campur malas nak update blog..2mingggu lalu terime parcel daripada edmonton, sah2 la penghantarnya cik tuan..she told me earlier that she sent me a parcel..so mmg tak surprise la kan, asyik tunggu je berhari2, n 1morning, kak siti collect sumthing kat luar, maybe benda tu dh lama kat ctu..siap berhabuk..rupanya parcel from edmonton...wahahah..elok je duk tepi pintu kat luar umah, sekali ngn kayu2, pastu pembalut dia putih kan..mmg sah2 la tak prasan..sori ye cik tuan sebab tak prasan ur parcel..waktu i dpt tu, i dh ready utk ke tyndall, n then trus bwk gift sabiqah ke ofis..leh guna kat sana..nak tau ape gift nyer, tgk la kat bawahhhh...
>
she gave me back my skechers' box..hahahah..duk ralit berbalas2 kotak skechers dh nih...em, also she gave me very cute card, but ignore ayat dlm tuh..kotor la sabiqah ni...
>
>
I dpt original mug BEST MATE-Jamie Oliver(naked chef) n also a t-shirt..sgt suke..mug tu siap bawak pegi tyndall dah, kacau air milo...hot chocolate le..
>
>
Last week, setelah beberapa minggu menunggu, akhirnya, saya terima juga parcel dari Bangi..juga tiada suprise sebab saya tahu dari awal, kerana Mr X awal2 lagi beritahu, sebab dia takut tak sampai benda y dia post..supposed to take only 4-5 days, however i received the parcel after almost 3weeks..n parcel itu telah terbukak masa sy terima..mungkin pihak immegresen/post bukak tapi tak tahu la yg ireland ke yg malaysia..nasib baik dalam tu takde makanan..no wonder la sampai lambat dari yg sepatutnya, dan alhamdulilah sume brg ada dlm tuh...tak perlu bukak pembalut pun, sebab kotak dah terbuka dari tepi, so I tarik je la benda y Mr X bagi tu..wahahahah...dapat handbag baru!sgt seronok, dan memang ianya style yg sy suke..heheh..Mr X ni betul2 memahami saya...nti leh pakai nak gi seminar kat Leeds minggu depan..


Kepada cik dan encik tuan, terima kasih la byk kerana sanggup bersusah payah menghantarkan saya birthday present itu ye..saya sangat hargainya..
>
Nota taip dengan jari: encik tuan dan Mr X adalah org yg sama ye (utk mengelakkan segala kekeliruan dan pelbagai andaian yang berbaur gosip dan sebagainya)

Tuesday, April 28, 2009

::Menjawab soalan::

Went through Izza’s blog, I think I’ve been tagged, not sure whether she wanted me to complete it or not, but since it stated Ireland there, I just assumed it was for me unless she has another friend(s) in Ireland (takpelah perasan sket kan)..Actually, I have so many things to do, need to prepare slide presentation for seminars in Leeds next two weeks..sgtlah cuak.. and at the same time, also need to work hard on ELISA as I have to present my results as well..and during lunch hour, I don’t have any desire to go out having my lunch ( I have lunch box with me-nasik goring), but I don’t feel to eat right now..bukak blog kejap, time to rest my mind sambil dgr lagu rock kapak zaman2 dolu…juga sambil2 layan tag izza ni, but still the entry will be posted when I’m home..

Rules: It's harder than it looks! Copy to your own post, erase my answers, enter yours and tag people you want. Use the first letter of your name to answer each of the following questions. They have to be real; nothing made up! If the person before you had the same first initial, you must use different answers. You cannot use any word twice and you can't use your name for the boy/girl name question.

1. What is your name : Azrila----

2. A four letter word : Ayah

3. A boy's name : Azri Zakwan (my little bf)

4. A girl's name : Alya Maisarah (baru lps dgr lagu Mamat Exist)

5. An occupation : Academician (Insyaallah)

6. A color : Azure

7. Something you'll wear: Applemints’ jean

8. A food : Akok (post ke sini please!)

9. Something found in the bathroom: Antibacterial Handwash

10. A place : Alberta (wait for me!)

11. A reason for being late : Aladdin mintak tolong handle genie dia buat hal..

12. Something you'd shout : Alamak!

13. A movie title : Armageddon

14. Something you drink : Air tea o beng so!

15. A musical group : AXL’S (Andai dapat ku undur masa)-versi skolah2 dulu…glamer!

16. An animal : Ayam (kalo masak lemak best!)

17. A street name : Abbey Street (somewhere in Cork)

18. A type of car : Accord baru (Honda) keta idaman Mr X

19. Title of a song : Aku Cinta Padamu


Saya sudah! Sape2 nak buat boleh la..hanis san ke…alice ke..syaralicious ke…edmontonian?

Friday, April 24, 2009

::Hectic day::

Patutnya nak post entry ni semalam, tapi sampai rumah dah malam..Em, semalam sangat2 very2 sooooo the busy..rasa macam nak berlari2 ku mencarimu saja...ada 4 meeting, 1 kelas dan 5 jam dlm lab..sgt exhausted!bermula kul 10-11 meeting PGC, pastu kul11-12 group meeting ngan Paul, gerak balik ke block A meeting ngan Richard kul12.15..pastu lagi 10 minit nak kul1, Eric tau saya ada kelas, dia suh pergi dulu wpun meeting tak abes lagi..mana sempat kurang 10 minit nak jalan ke UCC dari Tyndall! so, saya pun jln sgtlah laju--laju dan laju lagi..dahla masa tu hujan yang turun bagaikan mutiara....waktu tu, saya pun berangan:

How I wish I have a bicycle

Tak pun....

How I wish I can orb!

Ni sebab dah sgt obsessed tgk CHARMED la ni...seronok je tgk Paige ngan Leo orbing ke sana sini kan..pastu, dalam berangan boleh orb tu, smpai juga lah ke kelas..kul 2 pergi jumpa Dave kat Chem Dept..pastu berkejaran balik Tyndall, sambung buat ELISA dari kul3 sampai kul7 malam..dan kul 8 baru sampai rumah...sgt penat dan lapar, sebab tak makan apa2...

Itulah kisah hidup saya semalam..

Oh, I got a parcel 3 days ago..nanti saya citer len kali ye..nak pegi lab, awal lagi ni tapi sebab rajin kan (konon!)...hehehe

Friday, April 17, 2009

::New purse::

2 days before my birthday, I received a parcel from Malaysia. It's from my beloved mom! Seems that my mom is the 1st person gave me a birthday's gift for this year..I knew what's inside because I requested it from her..it is a purse!

By registered post, I thought it will take ages, but it just only took less than 10 days..

^-^ ^-^


It's also black, a quite similar as my old purse..my mom knows me really well..I like it so much!

^-^
^-^
For about 3 weeks, I used the 'bag' above as my purse..sangat sedey kan?okay nak bukak citer about percutian yang tidak best while holidaying that i mentioned in my previous entries, mesti ramai tertanya2 apakah itu (yeke?)..but still, just a short story okay..takde mood nak citer panjang lebar..okay, kisahnya begini, we went to paris 3 weeks ago for 4 days..and on the second day, my purse has been stolen at metro station..by penyeluk saku..so, buatla report semua (paling best, report dlm french, which totally i don't understand even a word!mungkin adalah sket2), benda dalam tu semua hilang, garda card, student card, lesen keta, kad2 semualah...luckly I have passport with me and IC memang tak bawak..it's really hard and syukur i'm not alone at that time (my small family with me-terima kasih byk2 ye)..so pegi disneyland pon tak berapa nak bergumbira, because kepala saya asyik pikir macamana nak masuk Shannon without Garda Card..but alhamdulillah sume okay, cumanya minggu depan baru nak pegi buat garda card baru sebab requirement kena ada insurans la pulak..kena tunggu dapat insurance's letter from prudential dulu baru boleh buat..so, abes citer pasal purse hilang..dah cakap kan takde mood nak citer pasal gi Paris kan...
^-^
^-^
^-^
Lepas isi semua barang, yang hanyalah beberapa sahaja (semua kad dapat yang baru), baru perasan dekat tempat gambar kosong..semua gambar2 passport saya banyak dalam purse lama..janganlah si penyeluk saku itu pegi menjaja pulak gambar saya..juga yang paling saya sedih-gambar arwah ayh..sedih sangat..yg lain boleh carik balik..yg ayah tu susah sket, sebab zaman dia mana ada digital camera..tak bleh nak print balik..juga gambar ibu saya, iwe dan juga gambar Mr X..sedey, sume ilang..saya harap pencuri itu insaflah nanti tak kiralah bangsa apa, agama apa pun yang dia anuti..tak baik menyusahkan orang...
^-^
Em tapi takpela kan, dah benda tu nak berlaku..mungkin adalah hikmah disebaliknya..saya redha dengan apa yang berlaku..sekurang2nya saya sedar diri dan insaf atas apa yang terjadi..syukur juga sebab takde apa2 berlaku kepada diri sendiri kan..
^-^
Kepada mak saya yang terchenta, sangat2 terima kasih sebab hantar purse ini..you know how much I love you and i always will..
^-^
^-^
p/s: am expecting for another parcel(s?)..perhaps some day next week.. hopefully.. harap2 lah sampai kan..yakin ianya dari edmonton..mungkinkah ada dari BANGI juga??? opsss!!!!

::Penghargaan::

Just wanna thanks everybody who greeted my birthday, no matter in which way..phone calls, text messages, facebook, friendster, ym and also through a special entry in blog..I really2 appreciate it!

Yesterday, went to Tyndall later than usual, and accidentally meet Aileen, she was on her way to lab upstairs, and she greeted me as well. Hit my desk, I was so surprised. I got a git from Mr & Mrs Soofi. Never thought that somebody will give me something..a very big present.



Can you imagine I brought this with me along my way back home-by bus?hehehe..everybody was looking at me..


Thank you very much for both of you.. I really like it!



Cute card from them

Bunga2 mewangi dari Muneera

::Birthday party!::

Alhamdulillah, syukur kerana usia saya masih lagi dipanjangkan oleh ALLAH swt. Semalam,16 April maka genaplah saya berusia suku abad..wahahah..but still, i feel that i'm sweet 17!most of my friends, ramai dah kawen, dah dapat anak pun ada..yg sedang pregnant pun ramai, yg baru kawen ada jugak, belum lagi kira yg dalam ikatan pertunangan..cuma saya, masih lagi keseorangan di sini..takde perkembangan pun..sgt sedih!tapi takpe kan, i'm not the only one who faced that problem..cik tuan akan sentiasa bersama saya memegang title 'single' sebab she always said that she'll married after me!hehehe..kesian pulak kan kalo jodoh saya lambat, maka tidak kawen la sabiqah..btw, jgn percaya itu, sebab itu semua kuasa ALLAH..sapelah kite nak menghalangnya kan..kalo Sabiqah ditakdirkan kawen taun depan pun, boleh jadi jugak kan...okay..okay enough about sabiqah..wanna tell you about what has happened yesterday..

I had lunch at Mr. & Mrs. Soofi's house. Mr Soofi (not Mrs Soofi ye) cook sumthing special for me, which was pasta cheese (betulkah?yela kot), that was very2 delicious, mungkin kah sebab saya lapar sebab sepanjang pagi berada dalam lab, sampai lupa nak minum air walau setitik pun..sangat la 'busy' kan...em, abang Soofi, lain kali sila masak lagi untuk saya ye..kalo macam ni, I wish everyday is my birthday..hehhehe..pe2pun, mekasih ye untuk hidangan yang lazat itu..

On da way back home, had a phone conversation with Cik Tuan, sampai depan rumah, dihalang oleh Muneerah daripada masuk dapur, ruang tamu and bilik tamu... I smelled sumthing fishy there, tapi buat2 tak tau la kan..dan saya tidak dibenarkan turun sampai pukul 8 lebih kot..

Waktu saya turun, Muneerah sedang asyik meniup belon, dan saya sebagai birthday girl pun turut menolong utk meniup sama..tetamu kami pada hari itu adalah seperti biasa..kak naning and kak nani+anak2.. Mr & Mrs Soofi turut dijemput tetapi mereka sampai lambat, dan kami telah pun mula makan pada waktu itu...


Seumur hidup saya, tidak pernah saya menyambut harijadi sebigini rupa..mungkin ada pada waktu kanak-kanak ribena tapi saya sudah lupa..dilayan seperti kanak-kanak, dipakaikan topi dan juga dipaksa memakan badge (birthday girl)..tapi saya sangat suke!seronok...hehehhe..



Saya dapat bunga!


Balik2 je makanan semua dah siap..ada roti jala, mee kari, kek..siap ada pulut kuning lagi..



Two cakes for me..one was from kaksal and another one from unnie and atiqah..thanks gurl, kerana membuat kek dgn penuh kasih sayang utk kak wanie..siap praktis lagi 2 malam sebelum itu..



No wonder la kan muka saya mengembang..i love cakes!




Aksi peace kami tidak digemari oleh mama a.k.a kak siti..kerana katanya:kamu semua ni tiada aksi lain..semua gambar macam itu jela gayanya..peace tegak, baring sume ada



Sangat2 enjoy and happening!Terima kasih ye kpd semua yang datang dan memeriahkan lagi birthday party orang tua ini...



This is my small family here in Cork..Mama dan 5 org anaknya..saya tau mama sayang saya, sebab tu siap wat pulut kuning lagi untuk anak keduanya ini..dan kpd kakak sulung saya, terima kasih ye untuk kek dan hadiah, kpd dua adik2 perempuan saya, terima kasih kerana bersusah payah membuat kek utk saya dan juga memetik bunga diluar rumah untuk saya..dan kpd adik bongsu sy lelaki yg seorang itu, terima kasih kerana sangat bersungguh2 mengikat belon di pintu, sampaikan langsung tak hirau benda lain...and last but not least, saya mengucapkan byk2 terima kasih yang tidak terhingga kepada keluarga kecik saya for throwing me a surprised birthday party (saya agak korang tunggu weekend)..saya sangat terharu, tak boleh nak sambung lagi dah..sedih...sob sob~cuma ingin saya nyatakan di sini....
^
^
SAYA SAYANG KAMU SEMUA!!!

^
^

Monday, April 13, 2009

::Compilation::

Sila rajinkan diri untuk membaca entry2 di bawah..

Hari ini saya tidak pasti kenapa saya sangat rajin untuk meng'upload' byk gambar..

Mungkin kerana sudah terlalu lama tertangguh dan terlampau banyak yang hendak diceritakan..

Tapi masih tiada mood untuk bercerita dan meng'upload' gambar2 sewaktu percutian saya baru-baru ini..

Nanti-nanti la ye..tunggu mood datang..

Selamat membaca.. =p

::Riadah::

Saya tahu aksi saya memang ala-ala Fernando Torres. Ini baru sesi memanaskan badan..



Ini saya tidak pasti aksi siapa

Sila jangan tiru aksi ini di rumah


Apabila kami menjadi kanak-kanak riang


Aksi sebelum kaksal jatuh tergolek berguling-guling di depan camera girl



Jangan halang saya!iskh iskh..
Kami dah penat..mahu pulang..


Kak Naning masih lagi kesejukan

::Picnic at Kinsale::

Dah lebih berbulan2 berfikir2 apa yang perlu dilakukan sewaktu cuti Easter..konon nak pegi amsterdam tengok tulips la..nak pegi Spain tengok Al-Hambra la..macam2 lagi..dan yang paling agak 80 % jadi adalah menerima kedatangan orang dari Dublin (merujuk kepada Kak Muntaz + Saidah + Farah), dan seterusnya kami akan tour sekitar Cork, juga mungkin ke Dingle-Cliff of Moher-Galway...mereka kononnya dijangka tiba di sini pada 10hb (kononnya ye), yang mana pada 9hb itu (khamis), hujan sangat lebat di Cork ini, dan saya telah menelefon salah seorangnya (iaitu Kak Muntaz)..eh bukan, dia yg menelefon saya..dan kami bersetuju utk meng'cancelled'kan planning kami, kerana merujuk kpd google-weather forecasting, tempat2 yg akan kami lawati itu berkemungkinan akan hujan sepanjang 4 hari cuti termasuklah Cork..oleh kerana kami pun masih belum mem'booking' kereta sewa (yg harganya ketika itu agak mahal sebab dah nak dekat waktunya), makanya kami batalkan sahaja dan bersetuju untuk meneruskannya mungkin pada summer yang betul2 'summer' nanti..kerana sangat tidak seronok berjalan2 pada hari hujan kan...

Dan waktu saya bangun pagi Jumaat, cuaca sangat cerah, (ore klate kata:cerah ceraca)..dan esoknya (sabtu) juga sangat cerah, yang sangat cantik..saya sangat geram kerana telah membatalkan rancangan yang telah dibuat berbulan2 itu...cuaca di sini sangat lah unpredictable..dan hari ahad juga cuaca sgt lah cantik juga..pagi itu, kami telah membuat temu janji dgn Kak Naning, di mana beliau akan membawa kami ke kedai sea food di Turner's Cross..selepas itu, dengan tiba2 kami rasa mahu pergi piknik lah pulak kerana semua orang sudah 'geram' dgn cuaca yang cantik, tapi kami hanyalah melepak di St. Ritas sahaja doing nothing..so, selepas masak2, pukul 4 ptg kami bertolak ke Kinsale (ptg baru nak pergi berkelah), dan sampai di sana, sume kereta menuju ke luar dari pantai dan kami pula baru nak pergi kan..

Cuaca masih lagi cerah dan sangat cantik..tetapi sangat sejukkkkksssssssss!menggigil2 kami dibuatnya..ini mungkin disebabkan angin pantai yang bertiup sesepoi-sepoi bahasa..bahasa apa saya tidak pasti, mungkin gaeilge dengan cork accent sebab lajunya semacam sahaja...walaupun kami makan untuk memanaskan badan, tapi sejuknya tetap ke tulang sumsum, terutamanya saya yang agak 'sekeping' ini...tapi nasib baik tak dibawa lari angin kan..



Waktu mula2 tiba..sebenarnya kami berlakon melawan kesejukkan..sebab tu semua orang sengih pun semacam saja..



Saya tidak faham bagaimana Atiqah mampu memakai lengan pendek dan baju senipis kulit bawang sahaja sedangkan saya terpaksa meminjam jacket Munirah lagi serta lengkap berstoking (sebab saya hanya pakai slack nipis berbanding diorang sume pakai jeans), dan kak Naning juga berpakaian seperti suhu pada ketika itu -29 deg..lengkap dengan memakai glove..saya tidaklah sampai begitu skali ye..




Menurut orang-orang dalam gambar di atas, berada di dalam air tidaklah sesejuk berada di atas bukit tempat kami menghamparkan tikar kami..maka sebab itu mereka sangat seronok bergurau senda di dalam air..



Ini adalah aksi memanaskan badan sebelum masuk dalam air




Saya telah maklumkan di atas bahawa angin yang sesepoi bahasa itu telah mebuatkan Kak Naning mengeluarkan segala macam jacket dan glove yang dia ada seolah2 kami berada di Antartika, sedangkan kami hanya pergi berkelah di tepi pantai..Untuk pengetahuan anda, gadis di atas ini bukanlah seminggu dua berada di Ireland atau negara2 empat musim yang lain, tetapi telah hampir 10 tahun..10 TAHUN ye..kak naning, no offense ye(wpun saya tahu kamu tidak ada masa baca blog saya)..saya saja je gurau2 manja...


Mama masih lagi tekun menelaah walaupun kesejukan yang amat..saya tak pasti dia menelaah buku nursing nya ataupun majalah COSMO yang saya bawa..dan saya 90% yakin bahawa itu adalah majalah saya..