Peringatan: Cerita terbaru pada kali ini adalah sepenuhnya dalam bahasa melayu (Hari ni, saya ingin mempraktikkan kembali pengalaman sewaktu menjadi guru ganti subjek Bahasa Melayu tingkatan 3 selama sebulan setengah pada 2 tahun yang lalu)
Sedar tak sedar, telah genap dua bulan saya tidak mengendahkan blog saya ini. Dalam erti kata lain, saya tidak menambahkan kemasukan baru atau bercerita tentang kehidupan saya dalam tempoh beberapa minggu kebelakangan ini. Disebabkan kekangan masa, juga sebab paling utama, tiada ‘rasa’ untuk menaip dan bercerita, maka saya biarkan sahaja blog saya bersawang. Saya akui, setiap hari saya membuka blog saya, mencari-cari gerangan siapakah yang sentiasa ‘rajin’ menambah kemasukan baru diblog mereka setiap hari.
Kalau ikutkan, memang setiap hari saya ingin mencoretkan sesuatu diblog, tetapi entahlah..hendak kata sibuk, tidak lah sesibuk mana. Saya masih sempat lagi membaca novel-novel kegemaran, melayari tiub-awak(youtube), melayan cerita-cerita bersiri korea online, juga menjelang malam setiap hari jumaat, saya sudah bersedia di depan komputer riba untuk menunggu episod terbaru NUR KASIH. Dan yang paling penting, saya masih sempat juga menghabiskan masa sebulan di kampung, bercuti sambil merayakan Aidilfitri bersama-sama keluarga tercinta. Kini, telah hampir tiga minggu saya kembali semula ke bumi Cork, untuk meneruskan perjuangan yang belum selesai (bunyi macam orang hendak pergi berperang sahaja).Minggu pertama saya di sini, semangat untuk menyiapkan kerja makmal sangat berkobar-kobar. Makanya, setiap hari saya bangkit seawal 5.30 pagi (rutin itu hanyalah bertahan untuk minggu pertama sahaja). Minggu kedua saya bangkit pukul 6 pagi, dan sekarang pada minggu ketiga, saya bangkit pukul 6.30 pagi (hai macam mana semakin lama semakin lewat waktu saya bangun. Azam saya adalah tidak mahu tidur selepas menunaikan sembahyang subuh, walaupun pada hari hujung minggu (sabtu dan ahad). Walaubagaimanapun, setelah 19 hari berlalu, saya telah melanggar azam saya, yang mana terdapat dua hari saya menyambung tidur kembali selepas solat subuh. Ini adalah kerana saya tertidur lewat daripada kebiasaan pada waktu malam sebelumnya, maka sebab itulah mata saya tidak terbuka secara sendirinya pada waktu yang ditetapkan. Apa pun, boleh dikatakan saya agak berpuas hati dengan pencapaian saya itu, kerana kebiasaannya saya kalau berazam, tidak akan lama, seminggu sahaja mampu bertahan (tidak tidur selepas subuh pun mahu kecoh ke???MESTI, sebab itu memerlukan ketahanan mental dan fizikal yang sangat kuat untuk menghalang godaan syaitan yang mana asyik menyuruh saya memikirkan betapa enaknya bergolek-golek di dalam selimut tebal (duvet) di tambah cuaca dan suhu keadaan di luar makin hari makin sejuk kerana sekarang menjelang musim sejuk (mestilah sejuk kan, sebab musim sejuk, walaupun di Cork ini tidak ada salji seperti di Edmonton, Kingston juga di Sendai sana).
Akan bersambung...
5 comments:
wahh bagusnyaa..terukan..u can do it bebeh..hehe..ha ah skrg sgt sejuk... takmo kuwa selimut..huhu..tapi apakan daya, lab terchenta menanti huhu..
hahah ore siap tulis lagi brapa hari xtido lepas subuh- buat gundalan, tapi.....
dramatis nye lah ayat ila ni..hehhe...-fiza-
banjir oo... banjir oo.. kampung kita naik air - cik na-
meps covert sociology verdanab guelph ftlds angles tradeshow bottle underpin craft
lolikneri havaqatsu
Post a Comment