Wednesday, October 15, 2008

::UMT TINGKAT RAKAN AKADEMIK::

Berita Harian (Wilayah), Rabu, 15 Oktober 2008 (15 Syawal 1429 )

KUALA TERENGGANU: Universiti Malaysia Terengganu (UMT) bercadang untuk meningkatkan program Rakan Akademik dengan beberapa universiti luar terutama di beberapa negara Asia bagi membolehkan lebih banyak pertukaran dari segi teknologi, kepakaran dan tenaga pengajar universiti dilaksanakan dalam bidang yang dirasakan penting. Timbalan Naib Canselor (Akademik) UMT, Prof Dr Aziz Deraman, berkata program Rakan Akademik sebelum ini sudah dilaksanakan UMT melalui kerjasama beberapa fakulti dan ia akan diperluaskan lagi untuk kepentingan bersama terutama dalam beberapa bidang yang memerlukan kepada kerjasama kepakaran dan teknologi. "Langkah itu bukanlah sesuatu yang baru, ia sudah pun dilaksanakan Fakulti Pengajian Maritim dan Sains Marin dengan Institut Teknologi Teknologi Bandung, Indonesia untuk bertukar kepakaran dalam bidang sains marin," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis ramah mesra dengan pelajar University Prince of Songkhla (UPS), Thailand di Rumah Universiti UMT di sini. Hadir sama, Timbalan Dekan Fakulti Sains dan Teknologi UPS, Prof Sukree Hajisamae. Program itu diadakan bagi mendedahkan pelajar dari Thailand berhubung cara pembelajaran serta kerja makmal di UMT bagi melihat cara penyelidikan yang dilakukan oleh pelajar UMT.
Aziz berkata, UMT juga bersedia bekerjasama dengan UPS, untuk mewujudkan program Rakan Akademik melalui industri penyelidikan dalam usaha melahirkan lebih ramai mahasiswa yang berdaya maju.
Katanya, melalui program itu nanti pelajar terbabit akan mengikuti pengajian di UMT selama seminggu untuk mendedahkan mereka dengan penyelidikan yang dilaksanakan di UMT. "Sebagai permulaan seramai sembilan termasuk lima orang pensyarah dari UPS menyertai program rakan akademik di UMT dan diberi pendedahan berkenaan cara dan teknik melakukan sesuatu penyelidikan menggunakan kepakaran di makmal UMT. "Dalam program itu pelajar berkenaan akan diberikan seorang rakan akademik yang akan membimbing pelajar berkenaan serta membantu melakukan penyelidikan sepanjang program berlangsung," katanya.

2 comments:

sabiqahT.Anuar said...

hehe ni laa baru lei oyat sbg DUTA UMT..dalam blog pon post UMT, huhu

btw, ocean discoveries~

eilawaniey said...

UMT yang terCHENTA!!!