Dah lebih berbulan2 berfikir2 apa yang perlu dilakukan sewaktu cuti Easter..konon nak pegi amsterdam tengok tulips la..nak pegi Spain tengok Al-Hambra la..macam2 lagi..dan yang paling agak 80 % jadi adalah menerima kedatangan orang dari Dublin (merujuk kepada Kak Muntaz + Saidah + Farah), dan seterusnya kami akan tour sekitar Cork, juga mungkin ke Dingle-Cliff of Moher-Galway...mereka kononnya dijangka tiba di sini pada 10hb (kononnya ye), yang mana pada 9hb itu (khamis), hujan sangat lebat di Cork ini, dan saya telah menelefon salah seorangnya (iaitu Kak Muntaz)..eh bukan, dia yg menelefon saya..dan kami bersetuju utk meng'cancelled'kan planning kami, kerana merujuk kpd google-weather forecasting, tempat2 yg akan kami lawati itu berkemungkinan akan hujan sepanjang 4 hari cuti termasuklah Cork..oleh kerana kami pun masih belum mem'booking' kereta sewa (yg harganya ketika itu agak mahal sebab dah nak dekat waktunya), makanya kami batalkan sahaja dan bersetuju untuk meneruskannya mungkin pada summer yang betul2 'summer' nanti..kerana sangat tidak seronok berjalan2 pada hari hujan kan...
Dan waktu saya bangun pagi Jumaat, cuaca sangat cerah, (ore klate kata:cerah ceraca)..dan esoknya (sabtu) juga sangat cerah, yang sangat cantik..saya sangat geram kerana telah membatalkan rancangan yang telah dibuat berbulan2 itu...cuaca di sini sangat lah unpredictable..dan hari ahad juga cuaca sgt lah cantik juga..pagi itu, kami telah membuat temu janji dgn Kak Naning, di mana beliau akan membawa kami ke kedai sea food di Turner's Cross..selepas itu, dengan tiba2 kami rasa mahu pergi piknik lah pulak kerana semua orang sudah 'geram' dgn cuaca yang cantik, tapi kami hanyalah melepak di St. Ritas sahaja doing nothing..so, selepas masak2, pukul 4 ptg kami bertolak ke Kinsale (ptg baru nak pergi berkelah), dan sampai di sana, sume kereta menuju ke luar dari pantai dan kami pula baru nak pergi kan..
Cuaca masih lagi cerah dan sangat cantik..tetapi sangat sejukkkkksssssssss!menggigil2 kami dibuatnya..ini mungkin disebabkan angin pantai yang bertiup sesepoi-sepoi bahasa..bahasa apa saya tidak pasti, mungkin gaeilge dengan cork accent sebab lajunya semacam sahaja...walaupun kami makan untuk memanaskan badan, tapi sejuknya tetap ke tulang sumsum, terutamanya saya yang agak 'sekeping' ini...tapi nasib baik tak dibawa lari angin kan..
Waktu mula2 tiba..sebenarnya kami berlakon melawan kesejukkan..sebab tu semua orang sengih pun semacam saja..
Saya tidak faham bagaimana Atiqah mampu memakai lengan pendek dan baju senipis kulit bawang sahaja sedangkan saya terpaksa meminjam jacket Munirah lagi serta lengkap berstoking (sebab saya hanya pakai slack nipis berbanding diorang sume pakai jeans), dan kak Naning juga berpakaian seperti suhu pada ketika itu -29 deg..lengkap dengan memakai glove..saya tidaklah sampai begitu skali ye..
Menurut orang-orang dalam gambar di atas, berada di dalam air tidaklah sesejuk berada di atas bukit tempat kami menghamparkan tikar kami..maka sebab itu mereka sangat seronok bergurau senda di dalam air..
Ini adalah aksi memanaskan badan sebelum masuk dalam air
Saya telah maklumkan di atas bahawa angin yang sesepoi bahasa itu telah mebuatkan Kak Naning mengeluarkan segala macam jacket dan glove yang dia ada seolah2 kami berada di Antartika, sedangkan kami hanya pergi berkelah di tepi pantai..Untuk pengetahuan anda, gadis di atas ini bukanlah seminggu dua berada di Ireland atau negara2 empat musim yang lain, tetapi telah hampir 10 tahun..10 TAHUN ye..kak naning, no offense ye(wpun saya tahu kamu tidak ada masa baca blog saya)..saya saja je gurau2 manja...
Mama masih lagi tekun menelaah walaupun kesejukan yang amat..saya tak pasti dia menelaah buku nursing nya ataupun majalah COSMO yang saya bawa..dan saya 90% yakin bahawa itu adalah majalah saya..

3 comments:
nak itotttttt
meh la dtg cik sabiqahhhh..
jom jom...
Post a Comment