Wednesday, March 18, 2009

::Kawan Baru::

Hari ini, saya dapat kawan baru lagi. Kami berkenalan semasa sama-sama menunggu bas nombor 5 di depan Rendezvous. Sebelum ini saya sudah pernah jumpa dia beberapa kali, tapi tidak sempat untuk menegur. Kawan baru saya hari ini namanya Helen. Helen juga sama seperti Kay. Umur mereka saya agak hampir sama. Lebih-lebih kurang sebaya. Saya belum bercerita dengan kamu pasal Kay. Kay pun kawan saya, saya kenal dengan Kay pada November tahun lalu, juga sebab sama-sama naik bas nombor 5. Kay tinggal dekat Orchard Road. Apabila kami turun daripada bas, kami lintas jalan raya bersama-sama, dan berborak sehinggalah sampai simpang Orchard Road. Baru minggu lepas saya jumpa Kay.

Berbalik kepada Helen, dia juga sangat mesra seperti Kay. Irish kan sangat terkenal dengan kemesraannya yang memang…sangat mesralah. Pagi tadi, kami berbual tentang banyak perkara, pasal cuaca, makanan, macam mana saya hidup di sini, dan beberapa perkara lagi. Saya nak kongsi dengan kamu beberapa topik yang kami bualkan.

Sewaktu Helen tanya umur saya. Maka saya pun mejawabnya dengan sangat JUJUR..

Saya : I’m going to be 25 next month.
Helen : Oh My God! I thought you’re 17!
Saya : 17? I finished my high school 8 years ago, also done my first degree and master degree as well. There’s no way I’m still 17. I’m too old for that age.
Helen : But really, you look so young! How I wish I was in your age. Now I’m 68.
Saya : Oh, really? I thought you’re early 50. (saya bermanis mulut)
Helen : No, you don’t have to say that (sambil ketawa. Dia pun tahu saya hanya bermanis mulut sahaja. Tapi serious dia nampak agak muda)

Kesimpulannya di sini;
Am I looking so ‘sweet 17’??? wink~wink ;-)
Kamu-kamu di luar sana jangan merasa cemburu ya…terutamanya kepada orang-orang telah menyambut ulang tahun ke-suku abad (saya tidak mahu sebut angka di sini) dalam jangkamasa beberapa minggu kebelakangan ini…

Okay, berbalik kepada cerita saya (ada lagi ya, belum tamat lagi cerita ini).
Dalam bas, kami duduk sebelah menyebelah. Sepanjang perjalanan kami bersembang lagi. Helen memberitahu saya bahawa dia ada 10 orang cucu. Dan anak perempuannya dijangka akan melahirkan anaknya yang ke-4 pada 8 June tahun ini. Maka, saya pun bertanyakan soalan.

Saya : How many kids you have?
Helen : Five. I have 4 sons and 1 daughter (dalam hati saya- wow 4 sons!)
Saya : Are they married? (saya saja mahu mencuba nasib)
Helen : Yes, all of them were married.
Saya : Oh, that’s why you have 10 grandchildren (saja nak menutup ke’frust’an saya).

Nota tangan (sebab sy taip guna tangan, tak guna kaki ya):
*Saya sangat seronok dapat kawan baru hari ini, walaupun kawan baru saya (Kay dan Helen) jauh lagi tua daripada ibu saya. Mungkin mereka ada cucu yang sebaya saya.

*Tambahan: Saya masih setia kepada yang satu ya..jangan timbulkan sebarang spekulasi di sini..Topik saya di atas hanyalah untuk menghabiskan masa terluang ketika berada di dalam bas dengan melayan warga emas Cork yang sangat peramah..itu sahaja..sekian, terima kasih kerana membaca coretan saya pada hari ini. Saya sangat menghargainya.

4 comments:

lupekanje said...

heheh...good for u iela...
untuk menunjukkan bahawa Malaysian juga peramah seperti mereka.
Duduk tempat orang kener pandai campur masyarakat...barulah dpt mengharumkan nama negara..
bila org tanya,

from what country are u?
dengan bangganya jawab,
From MALAYSIA....

hehhe..
terima kasih kerana membenarkan saya mencoret kata-kata yg berpatah2 di sini....:)

Hanis MY said...

haha sempat lg nak test market..cute

eilawaniey said...

kakchah:heheh tu le psl kan..tp sy tak sempat diorg tanye pun..saya yg bgtau dulu. i'm from malaysia..lagi advance..heheh

hanis san:well, mana lah tahu kan..kot2 ada rezki =p

sabiqahT.Anuar said...

ahahha, patut u cuba try tny pasal cucu dia...erms agaknya ada grandson tak heeee, lei tolom cops utk i, heheheee....xpe u hve plenty of time, nt helen tu kan jadi bestfren u time tggu bus sokmo, huuu

ps. lawak nota tngn tu (dont feel offended lak rauhunt, hahaha)