Dalam tak sedar, arini genap 6 tahun arwah ayah meninggalkan kami. Rasa macam baru je benda tu berlaku. Dah lama rupanya. 6 tahun tanpa ayah, macam-macam benda telah berlaku. Tapi alhamdulillah, kami hadapi dengan cekal. Semuanya kerana cik. Kerana dia kami kental, kerana dia kami tabah. Tanpa cik, kami tak mampu lalui semua ni. Sesungguhnya perngorbanan cik amat besar buat kami, dalam membesarkan 8 beradik setelah pemergian ayah. Ida dah masuk sekolah menengah. Iwe pulak dah darjah dua. Waktu ayah tinggalkan mereka, Ida baru darjah dua, Iwe pulak baru 2 tahun. Simpati sungguh dengan adik2ku itu, tak sempat merasai kasih sayang ayah. Tapi kami kakak2-abang2 yang kat atas ni berusaha sedaya upaya biar mereka rasa tak tersisih. Kami janji, kami akan jaga cik dan adik-adik, tak kira apa pun yang berlaku. Doakan kami ya.
Moga ayah tenang dia sana. Sesungguhnya, kami merinduimu.
*Al-Fatihah buat arwah ayahku, Ahmad @ Othman bin Said.
~Ayah, Cik, Iwe, Ida~
--> Gambar ini dah hampir 7 tahun bersama kite, kite bawak ke mana pun kite pergi, tetap ada ats meja waktu kat matrik, tetap ada kat tepi drawer waktu kat KUSTEM, kat Bangi, kat cni sudah tentu, malah pergi Athen 2 minggu pun kite bawak.. heheh.
Alice penah kata dia cukup kagum dgn gmbr ni, sebab kite bwk ke mana2. Gambar ini adalah kekuatan kite, nak tukar frame dia pun syg, sebab frame tu handmade, kite wat sendiri. Dah tak berapa elok dah, tapi sayang nak tukar. High sentimental value gitu. Siap ada setem CT lagi tuh. Zaman dolu2, waktu fanatik CT..hehehe ;-)
3 comments:
Al fatihah...
setiap yg pergi akan dirindui mereka yang menyayangi....
Amin.. moga u n yg lain x lupa pengorbanan cik. Anyway i rase skrg pun cik dah cukup bangga ngan u.
alfatihah utk arwah ayah, ila...
Post a Comment