Wednesday, June 20, 2012
I am back..
Alhamdulillah, saya telah berjaya menamatkan pengajian saya akhir March yang lalu di university College Cork, Ireland..
Alhamdulillah, saya telah kembali ke Malaysia dan kembali memulakan kerja di Universiti Malaysia Terengganu pada pertengahan April yang lalu..
dan syukur Alhamdulillah, kini saya sudah bergelar isteri kepada seorang suami yang sangat memahami..
dan sekarang ini, buat masa ini, Terengganu adalah tempat saya..
Hingga jumpa lagi..
da..
Saturday, December 11, 2010
Harry Potter
Tuesday, December 7, 2010
Thursday, December 2, 2010
Sejuks!
owh, suhu di luar -3 deg..i'm hiding in between of 2 fleeces..with duvet on top..nice..
Sunday, November 7, 2010
Friday, November 6, 2009
::Akhirnya::
Peringatan: Cerita terbaru pada kali ini adalah sepenuhnya dalam bahasa melayu (Hari ni, saya ingin mempraktikkan kembali pengalaman sewaktu menjadi guru ganti subjek Bahasa Melayu tingkatan 3 selama sebulan setengah pada 2 tahun yang lalu)
Sedar tak sedar, telah genap dua bulan saya tidak mengendahkan blog saya ini. Dalam erti kata lain, saya tidak menambahkan kemasukan baru atau bercerita tentang kehidupan saya dalam tempoh beberapa minggu kebelakangan ini. Disebabkan kekangan masa, juga sebab paling utama, tiada ‘rasa’ untuk menaip dan bercerita, maka saya biarkan sahaja blog saya bersawang. Saya akui, setiap hari saya membuka blog saya, mencari-cari gerangan siapakah yang sentiasa ‘rajin’ menambah kemasukan baru diblog mereka setiap hari.
Kalau ikutkan, memang setiap hari saya ingin mencoretkan sesuatu diblog, tetapi entahlah..hendak kata sibuk, tidak lah sesibuk mana. Saya masih sempat lagi membaca novel-novel kegemaran, melayari tiub-awak(youtube), melayan cerita-cerita bersiri korea online, juga menjelang malam setiap hari jumaat, saya sudah bersedia di depan komputer riba untuk menunggu episod terbaru NUR KASIH. Dan yang paling penting, saya masih sempat juga menghabiskan masa sebulan di kampung, bercuti sambil merayakan Aidilfitri bersama-sama keluarga tercinta. Kini, telah hampir tiga minggu saya kembali semula ke bumi Cork, untuk meneruskan perjuangan yang belum selesai (bunyi macam orang hendak pergi berperang sahaja).Minggu pertama saya di sini, semangat untuk menyiapkan kerja makmal sangat berkobar-kobar. Makanya, setiap hari saya bangkit seawal 5.30 pagi (rutin itu hanyalah bertahan untuk minggu pertama sahaja). Minggu kedua saya bangkit pukul 6 pagi, dan sekarang pada minggu ketiga, saya bangkit pukul 6.30 pagi (hai macam mana semakin lama semakin lewat waktu saya bangun. Azam saya adalah tidak mahu tidur selepas menunaikan sembahyang subuh, walaupun pada hari hujung minggu (sabtu dan ahad). Walaubagaimanapun, setelah 19 hari berlalu, saya telah melanggar azam saya, yang mana terdapat dua hari saya menyambung tidur kembali selepas solat subuh. Ini adalah kerana saya tertidur lewat daripada kebiasaan pada waktu malam sebelumnya, maka sebab itulah mata saya tidak terbuka secara sendirinya pada waktu yang ditetapkan. Apa pun, boleh dikatakan saya agak berpuas hati dengan pencapaian saya itu, kerana kebiasaannya saya kalau berazam, tidak akan lama, seminggu sahaja mampu bertahan (tidak tidur selepas subuh pun mahu kecoh ke???MESTI, sebab itu memerlukan ketahanan mental dan fizikal yang sangat kuat untuk menghalang godaan syaitan yang mana asyik menyuruh saya memikirkan betapa enaknya bergolek-golek di dalam selimut tebal (duvet) di tambah cuaca dan suhu keadaan di luar makin hari makin sejuk kerana sekarang menjelang musim sejuk (mestilah sejuk kan, sebab musim sejuk, walaupun di Cork ini tidak ada salji seperti di Edmonton, Kingston juga di Sendai sana).
Akan bersambung...
Sunday, September 6, 2009
::Table for two::
This evening was the first time where I have iftar with ksal, just two of us, in this 'big house'..we were on our own today, but i guess we're doing fine, we just need some times to get used with this current situation, without those kids (kekka, kak unee, es) around..
To kaknani and kaknaning, thanks for the concern, we know that both of you want to cheer us up..thanks so much..we really appreciate it..
::Don't say a goodbye::
It was so hard to say goodbye. Being together for more than a year make us very closed and sometimes, it is not too much if I said that we are even closed than my own bloody family..Here, we don't have anybody to depends on, we just have this small family..if we're happy, we're smiling together, if we're sad, we're crying together..and if we have problem, we're trying to solve it together and comfy each other..
I admit, living with somebody who has so many experiences in life make me feel that life is not all about happiness. sometimes, we have to face the difficulties, and sometimes we will lose somebody that we love..
When Shaz left, we were sad and felt something missing, but we still 6 in the house, so that we can still feel each other. and now, when they're leaving, just 2 of us left in the house, me and ksal..how quiet this big house will be..
Thursday, September 3, 2009
::Malam Terakhir::
Meninggalkan kami yg akan terus berada di sini utk tempoh2 tertentu..
Tak sangka, akhirnya akan tiba jua ari esok..
Tunggu esokla camne, banjir ke tidak Cork airport itu..huhu...
will update later about this..
p/s: Malam ke 15 Ramadhan baru nak bagi ucapan: Selamat Berpuase utk semua! sori, sibuk sket kebelakangan nih...harap masih tidak terlewat ye...
--> semua org yg remain kat cni mempamerkan muka 'ayam berak kapur' (kata abg raf, tapi kak naning tak pernah dgr lgsg tentang peribahasa itu)... =(
Monday, August 17, 2009
::Penangan masakan melayu::
p/s:thanks kaksyara, masak td..sgt best!slps mengadap sepinggan nasik, perut saya tidak lagi mengeluarkan bunyi2 yang sumbang...nti bleh la ajak saya gi lunch umah akak lagi..hehe